PENCAPAIAN

Anugerah yang pernah Habib menangi antaranya ialah pada 2001 The Malaysian Book of Records untuk rekaan Bangunan Berkembar Petronas yang direka dengan berlian, batu permata dan emas dengan nilai lebih RM1 juta. Pada tahun yang sama, Habib menerima Anugerah The ‘Best Retailer in Jewellery and Timepieces’ daripada Suria KLCC apabila memperkenalkan koleksi berlian coklat yang dikenali Habib’s Hazel Collection.

Pada 2002, Habib menerajui pasaran antarabangsa menerusi kerjasama dengan jenama barangan kemas terkemuka dari Itali Chimento dan juga jenama berlian Hearts On Fire, berlian yang mempunyai potongan terbaik dunia

Pada tahun 2002, sekali lagi Habib menerima ‘Best Retailer in Jewellery and Timepieces’ Award daripada pengurusan Suria KLCC. Rekaan kreatif Habib iaitu rekaan baju dalam wanita yang direka dengan 100 peratus emas, dicalonkan dalam 100 pencalonan pertama The Gold Virtuosi Award, yang diiktirafkan oleh badan antarabangsa The World Gold Council.

Sekali lagi Habib tersenarai di Malaysian Book of Records untuk rekaan gaun berlian termahal dunia bernilai RM19 juta. Gaun eksklusif ini diikat menggunakan 2,500 butir berlian Hearts On Fire.

Habib juga menjadi jenama barangan kemas pertama tersenarai di papan utama Bursa Saham Malaysia. Pada 2003 dan 2004, Habib menerima sekali lagi ‘Best Retailer in Jewellery and Timepieces’ Award daripada pihak pengurusan kompleks Suria KLCC, sementara pada 2005 sehingga 2007 Habib mengekalkan prestasinya untuk menerima anugerah ‘Gold Trusted Brand’ untuk kategori jenama barangan kemas yang boleh dipercayai daripada Reader’s Digest Trusted Brands Awards. Pada 2007, jenama itu memenangi anugerah the Brand Laureatte 2008/2009 di dalam kategori, Jenama Barangan Kemas Terbaik dan Penjenamaan Korporat.